Kereta dipandu wanita warga emas rempuh premis pakaia

Gara-gara hilang kawalan, kereta dipandu wanita warga emas rempuh premis pakaian

KERETA Myvi yang dipandu wanita warga emas merempuh sebuah kedai pakaian di Seri Manjung, Perak, semalam.  - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Pengunjung di sebuah pasar raya pakaian gempar apabila sebuah kereta merempuh dinding premis itu sehingga terperosok dalam kedai itu di Seri Manjung di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 15 petang itu, pemandu kereta jenis Myvi berusia 75 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati wanita warga emas itu memandu dari arah sebuah farmasi menuju ke sebuah stesen minyak di Jalan Medan Sitiawan 1.

“Sebaik sahaja tiba di simpang tiga berhampiran pasar raya tersebut, wanita itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh premis berkenaan yang terletak di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 bagi kesalahan gagal mengawal kenderaan yang boleh didenda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, kejadian itu tular dalam media sosial dan dikesan oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira pukul 5.30 petang semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.