Kedudukan Syed Saddiq diumum Rabu

Muda umum tiga calon PRU15, kedudukan Syed Saddiq pula Rabu

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) semasa dalam sidang akhbar pengumuman calon Parti Muda bagi Pilihanraya Umum Ke-15 di Pejabat Muda, Petaling Jaya, malam ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) malam ini mengumumkan tiga calon mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Calon tersebut ialah Danial Abdul Majid yang bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas, Siti Rahayu Baharin di Tanjung Karang dan Lim Wei Jet di Tanjung Piai.

Nama ketiga-tiga calon daripada Muda itu diumumkan oleh Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd. Aziz di Ibu Pejabat parti berkenaan di sini.

Amira Aisya berkata, nama tiga calon itu adalah senarai awal dan selepas ini ada lagi pengumuman dibuat berhubung nama calon Muda.

“Masih ada beberapa kerusi lagi akan diumumkan dalam masa terdekat. Tiga calon awal yang kita umumkan malam ini lawan calon ‘gergasi’ yang bergelar Menteri namun, kita tidak gentar.

“Kita juga akan ada satu kerusi di Sabah dan nama calon akan diumumkan pada Isnin ini dalam satu majlis di Kota Kinabalu,” katanya dalam sidang akhbar pengenalan calon Muda.

Sementara itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua calon muda diwajibkan untuk mengisytiharkan harta selepas nama mereka diumumkan sebagai calon.

Ditanya tentang kedudukannya di Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan diumumkan pada Rabu ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya