Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera rakan bapa

Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera rakan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan maut dipercayai akibat didera seorang jurujual yang juga rakan kepada bapa mangsa di Jalan Ria 2, Taman Skudai, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat tentang kejadian itu selepas bapa mangsa membuat laporan polis antara pukul 10 hingga 11 malam, semalam.

Sehubungan itu, katanya, dua individu, iaitu seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual berusia 28 tahun dan seorang pembantu rumah wanita warganegara asing berusia 40 tahun ditahan, tengah hari ini.

“Bapa mangsa bekerja di Singapura manakala ibunya bekerja di Yong Peng dan mereka telah mengamanahkan rakan mereka, iaitu suspek untuk menjaga dua anak mereka dengan bayaran RM2,800 sebulan.

“Difahamkan, mangsa dan adiknya yang berusia setahun dijaga oleh suspek sejak tiga bulan lalu. Dalam kes ini hanya mangsa dipercayai didera manakala adiknya tidak diapa-apakan,” katanya kepada pemberita ketika mengunjung kediaman suspek, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa melibatkan lebam dan luka kecil.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. Kita jangka awal pagi esok manakala kedua-dua suspek yang ditahan akan direman.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kes ini, kita akan dapatkan keterangan daripada beberapa pihak dengan turut dibantu oleh rakaman CCTV yang terdapat di lokasi kejadian,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman  meminta masyarakat khususnya golongan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak untuk sentiasa bersabar dan berfikiran waras dalam menjaga amanah yang diberikan kepada mereka.

“Kejadian yang berlaku ini adalah satu tragedi kerana mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang masih kecil dan dalam proses membesar dengan pelbagai keletahnya.

“Sepatutnya kanak-kanak pada usia itu dijaga dan diberi makan dengan baik dan bukan sebaliknya diperlakukan seperti ini. Polis akan bertegas dalam kejadian ini bagi memastikan pihak bersalah dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.