Ibu tunggal dapat tajaan tunai umrah - Utusan Malaysia

Ibu tunggal dapat tajaan tunai umrah

ZULKIFLI Muhamed memakaikan kain ihram pada Muhammad Danish Riza Hadi sambil diperhatikan Noor Herra Hardiana Badri di Senawang, Seremban. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Siapa sangka kesukaran hidup seorang ibu tunggal membesarkan anak autisme membawa hikmah apabila ditaja mengerjakan umrah.

Noor Herra Hardiana Badri, 37, berkata, peluang itu bagaikan mimpi dan lebih bermakna dapat menunaikan umrah bersama anak istimewa, Muhammad Danish Riza Hadi, 6, serta ibu, Rusnah Mardi, 63.

Menurutnya, dia pernah menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci, namun tidak pernah bermimpi akan menjadi kenya­taan memandangkan dia pernah melalui episod duka dalam hidupnya selama tiga tahun.

“Selepas berpisah dengan suami, hidup saya sukar dan alhamdulillah tahun ini makin baik. Banyak pihak dan individu tampil membantu.

“Sikit demi sedikit sinar dalam hidup saya kembali. Bermula dengan dapat rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekolah anak ditaja dan kini umrah pula,” katanya ketika ditemui di Se­nawang di sini selepas menerima sumbangan kain ihram dan wang tunai daripada penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed.

Noor Herra berkata, pada Ramadan lalu, sepasang suami isteri tidak dikenali menghubunginya dan bertanya tentang keinginan pergi bercuti.

Bagaimanapun katanya, dia tidak terfikir mahu menghabiskan wang untuk bercuti kerana mahu mengukuhkan ekonomi keluarga terlebih dahulu.

“Tetapi mereka begitu bersungguh-sungguh. Apabila saya beritahu keinginan pergi umrah, mereka terus beritahu mahu menaja.

“Waktu itu saya rasa macam mimpi. Saya hendak pergi dengan duit sendiri memang tidak tahu lagi bila, saya akan ke Ta­nah Suci Rabu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya