Hishammuddin beri bayangan tanding di Sembrong

Hishammuddin beri bayangan tanding di Sembrong

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kanan) beramah mesra bersama anak ahli keluarga para perajurit, Aimy Irdina Mohd. Faizal pada Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan PertamaMalbatt 850-10 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyandang kerusi Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi bayangan  terus mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata,  UMNO Sembrong sudah memberi cadangan nama kepada pucuk pimpinan BN dan kemungkinan namanya ada.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan sama ada terus mewakili parti di kerusi Parlimen tersebut atau sebaliknya.

“Saya tak tahu tempat lain dan setahu saya orang Sembrong pun sudah beri cadangan kepada pucuk pimpinan, tiada nama lain. 

“Jadi kita tunggulah, apa-apa pun boleh jadi di dalam politik. Hope for the best, expect for the worst,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Pangkalan Udara Subang, dekat sini, hari ini.

Pada PRU-14, Hishamuddin yang mewakili BN di kerusi Parlimen Sembrong menewaskan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar dengan majoriti sebanyak 6,662 undi.

Dalam perkembangan lain, mengulas tindakan PKR mempertaruh calon-calon berprofil tinggi, beliau berpendapat, tidak kira sama ada calon dinamakan adalah berprofil tinggi ataupun tidak kerana yang akhirnya menentukan segalanya adalah rakyat iaitu sebagai pengundi pada PRU-15.

“Saya tahu memang seronok bila kita dah dekat-dekat dengan penamaan calon ni lepas itu masa untuk kempen, isu-isu yang mungkin berprofil tinggi akan menjadi tanda tanya.

“Tetapi secara realitinya, yang rakyat akan sokong dan undi adalah adalah mereka yang betul-betul boleh buat kerja, mereka yang berkhidmat di kawasan masing-masing,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya