Hari Tanpa Kenderaan MBPJ akan diadakan setiap bulan

Hari Tanpa Kenderaan MBPJ akan diadakan setiap bulan

mbpj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan lagi usaha untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya hijau dan mampan melalui program Hari Tanpa Kenderaan Petaling Jaya pada 1 Oktober 2022 (Sabtu), bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Penganjuran program itu merupakan usaha MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya hijau dan mampan di samping mengajak penduduk tempatan untuk bersama-sama memelihara tenaga dan sumber bagi mengurangkan penggunaan kenderaan supaya dapat mengawal pencemaran udara di bandar.

Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sharipah Marhaini Syed Ali turut menyertai Hari Tanpa Kenderaan MBPJ.

Program ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan penggunaan karbon secara holistik.

Selain itu, MBPJ berhasrat untuk mengadakan program ini pada setiap minggu pertama pada setiap bulan. Dalam pada itu, penganjuran program ini turut memberikan peluang kepada masyarakat awam untuk melakukan aktiviti komuniti bersama keluarga di sekitar Pusat Bandar Petaling Jaya.

Antara aktiviti menarik telah diadakan Run Walk Run 45, Senaman Zumba, Laughing Yoga, Aktiviti Berbasikal, Klinik Larian dan pelbagai lagi.

Majlis berharap menerusi program ini, masyarakat akan menyokong usaha Majlis dalam merealisasikan mencapai matlamat bandar raya berkarbon rendah, hijau dan bebas halangan.

Di samping itu, MBPJ juga ingin menyeru orang ramai agar mengutamakan penggunaan pengangkutan awam dan menukar mod perjalanan daripada kenderaan bermotor kepada green active transportation seperti berbasikal dan berjalan kaki.

Sasaran Majlis pada masa akan datang ialah masyarakat setempat lebih mengutamakan penggunaan kemudahan pengangkutan awam, berbasikal, berkenderaan hybrid dan lain-lain inisiatif yang mesra alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.