Warga emas tidak pulang dari kebun sawit sejak semalam

Warga emas tidak pulang dari kebun sawit sejak semalam

ABDULLAH Alias dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak memasuki kawasan kebun sawit miliknya di Felda Palong 3, Jempol, petang semalam. – IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah setelah memasuki kawasan kebun sawit miliknya di Felda Palong 3, di sini, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, mangsa, Abdullah Alias, yang memakai baju kelabu difahamkan keluar dari rumah kira-kira pukul 5 petang sebelum disedari tidak pulang oleh ahli keluarganya sekitar pukul 6 petang.

Menurutnya, pihak keluarga kemudian menjalankan pencarian sebelum menemukan motosikal milik mangsa di kawasan kebun sawit berkenaan.

“Waris telah melakukan pencarian di sekitar kawasan kebun sehingga pukul 7 malam semalam, namun mangsa gagal ditemui sebelum menghubungi pihak bomba.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.49 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Palong digerakkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disambung semula pada pukul 8.45 pagi tadi turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM serta penduduk kampung.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Jefri Jamal berkata, operasi pencarian dibahagikan kepada empat kumpulan yang bergerak menyisir kawasan kebun sawit seluas kira-kira 4.05 hektar.

“Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR akan diteruskan pada pukul 8 pagi esok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN