Gandakan usaha dapatkan sokongan pengundi muda

Gandakan usaha dapatkan sokongan pengundi muda

MUHAMMAD HANIF NAIM dan CT Faizah Abdul Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha harus digandakan bagi mendapatkan sokongan pengundi muda dan memastikan golongan muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. 

Ahli Dewan Muda Johor (DMJ), Muhammad Hanif Naim berkata, ramai anak muda masih tidak mengambil tahu mengenai politik semasa jadi usaha perlu digandakan bagi memastikan mereka keluar mengundi. 

“Kami risau anak muda tidak akan turun mengundi kerana tidak mengenali dan memahamai politik semasa jadi kami akan berusaha dengan melakukan lebih banyak promosi bagi menggalakkan mereka. 

“Zaman sekarang bagi menarik pengundi muda, konten interaktif harus dibuat di media sosial terutamanya Tik Tok kerana hampir semua golongan muda menggunakannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Katanya, video menerangkan kenapa anak muda perlu keluar mengundi dan parti mana yang perlu disokong harus dilakukan supaya mereka lebih mengenali politik semasa. 

“Saya sendiri menggunakan Twitter untuk menaikkan semangat anak muda dan bagi menyedarkan kepentingan setiap undi mereka. 

“Ramai berfikiran satu undi tidak membawa perbezaan yang ketara, tetapi satu undi tersebut yang sebenarnya akan menentukan parti atau calon mana yang menang.

“DMJ mempunyai 40 lebih ahli yang akan terus mempromosikan dan membuat konten bagi memastikan anak muda turun mengundi,” katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), CT Faizah Abdul Rahman berkata, calon pemimpin haruslah mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas  bagi menyakinkan pengundi muda untuk menyokong segala alternatif yang diperjuangkan.   

“Selain itu, sesebuah parti tersebut harus meletakkan calon daripada golongan muda juga supaya mendapat sokongan pengundi muda. 

“Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga jika golongan muda ini tersalah membuat pilihan dalam mengundi mampu merencatkan pentadbiran negara. 

“Namun, risiko ini haruslah diambil untuk membentuk perubahan landskap pimpinan baik dalam politik mahupun pembangunan sosioekonomi sesebuah negara ke arah yang lebih berkesan dari masa ke semasa,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.