Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) diubah

Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) diubah menjadi empangan harian

EMPANGAN Mengkuang Diperbesarkan (EMD) di Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang akan diubah fungsi daripada empangan rizab kemarau strategik kepada empangan harian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merancang  mengubah Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) di Seberang Perai Tengah (SPT) dekat sini, daripada menjadi empangan rizab kemarau strategik kepada empangan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Seri Jaseni Maidinsa berkata, ini bermakna air mentah yang disimpan di EMD akan tersedia untuk pengeluaran harian dan kecemasan apabila paras air Sungai Muda rendah ketika musim kemarau atau apabila kualiti air Sungai Muda terjejas dan tidak boleh dirawat. 

Katanya, dengan perubahan itu EMD akan berfungsi seperti Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di bahagian pulau.

”Objektif utama adalah mengurangkan risiko gangguan bekalan air tidak berjadual di seluruh negeri apabila kekeruhan tinggi air mentah dari Sungai Muda mengancam operasi air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

”Objektif kedua adalah merawat air dari empangan terbesar Pulau Pinang setiap hari, bagi menyokong pertambahan permintaan air di Seberang Perai Utara (SPU) dan SPT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, LRA Sungai Dua mesti mempunyai akses berterusan kepada kira-kira 1,000 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Empangan Mengkuang bagi mengelak gangguan bekalan air seluruh negeri.

Oleh itu jelas beliau, PBAPP akan membangunkan kapasiti untuk melepaskan 1,000 JLH dari Empangan Mengkuang pada masa depan apabila kualiti air mentah Sungai Muda terjejas.

Tambahnya, ketika ini kapasiti pelepasan maksimum PBAPP ialah 300 JLH dan dengan pengoperasian Fasa 2B Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) oleh Kerajaan Persekutuan kapasiti pelepasan maksimum akan ditingkatkan kepada 600 JLH. 

”Dengan pengoperasian satu lagi set saluran paip 400 JLH yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, kapasiti pelepasan maksimum akan mencecah 1,000 JLH.

”Pemasangan saluran paip baharu ini harus disiapkan dengan pantas bagi menangani risiko air mentah Pulau Pinang, yang berkaitan dengan Sungai Muda,” katanya.

Selain itu, katanya, perancangan juga sedang dijalankan untuk membina LRA Empangan Mengkuang baharu di lokasi berdekatan EMD dan LRA ini dijadualkan beroperasi menjelang Disember 2025.

”Kawasan liputan LRA Empangan Mengkuang ialah SPU dan perbandaran Bukit Mertajam yang berdekatan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya