Bangladesh naik harga petrol 6 minggu selepas kenaikan terakhir - Utusan Malaysia

Bangladesh naik harga petrol 6 minggu selepas kenaikan terakhir

HARGA petrol dinaikkan sekali lagi di Bangladesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Bangladesh menaikkan harga bahan api pada Isnin, hanya enam minggu selepas kenaikan sebelumnya, ketika kerajaan berusaha mengurangkan tekanan ke atas kewangan negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

Negara itu mengimport kira-kira 95 peratus keperluan bahan apinya, dengan sebahagian besar bekalan datang dari Asia Barat.

Harga minyak tanah dinaikkan kepada 135 taka (RM4.36) seliter berbanding 130 taka (RM4.20) sebelum ini.

Harga petrol meningkat kepada 140 taka (RM4.52) seliter daripada 135 taka. Harga diesel kekal tidak berubah.

Pihak berkuasa juga sedang mempertimbangkan satu lagi kenaikan tarif elektrik.

Kenaikan terbaru harga bahan api dijangka menambah tekanan terhadap kos barangan keperluan di negara itu, yang telah bergelut dengan kadar inflasi tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas mencatat sedikit penurunan, kadar inflasi Bangladesh berada pada 9.04 peratus pada April. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN