Dua beranak maut perjalanan ke sekolah

Dua beranak maut perjalanan ke sekolah

DUA beranak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Padang Menora, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun dalam perjalanan menghantar anak lelakinya berusia 15 tahun  ke sekolah disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang dua beranak itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke laluan bertentangan.

“Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang memandu dari arah Penanti ke Kepala Batas cuba mengelak, namun terlanggar motosikal  mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat akan dijalankan selepas  menerima keputusan ujian calitan Covid-19.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya