Dua beradik maut terkena renjatan elektrik

Dua beradik maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua beradik masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen di hadapan rumah mereka, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang di Kampung Teras Jernang itu, mangsa dikenali Adam Haziq, 10, dan Adam Harish, 9, disahkan maut serta merta di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu disedari bapa mangsa apabila mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas pulang dari kedai.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca dari renjatan elektrik yang mengalir dari sebatang besi yang merupakan besi penyidai baju.

“Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat pengesahan mengenai punca arus elektrik dan mendapati  berlaku geseran dari wayar tepi rumah bapa mangsa terus ke zink rumah.

“Geseran elektrik menyebabkan  wayar elektrik terdedah dan arus elektrik mengalir melalui besi penyidai baju. 

“Kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keadaan rumah bapa mangsa berselerak dengan besi-besi terpakai dan tidak tersusun kerana sebelum ini bapa mangsa mempunyai bengkel kereta dan telah ditutup menyebabkan barang-barang terpakai di bawa pulang ke rumah.

Wan Kamarul Azran berkata, ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah kerana keluar ke kedai, manakala ibu mangsa pula berada di dalam rumah.

“Kedua-dua mangsa adalah anak ketiga dan keempat daripada empat beradik manakala, ibu dan mangsa pula adalah peniaga kedai makan di Teras Jernang.

“Kedua-dua mangsa akan dibedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 di Hospital Serdang,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tiada barangan elektrik atau pendawaian elektrik yang bocor atau terbiar bagi mengelak kejadian tidak diingini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya