Dr. Mahathir gesa Peguam Negara kaji pertuduhan The Edge

Dr. Mahathir gesa Peguam Negara kaji pertuduhan The Edge

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam Negara digesa untuk menarik semula kes bekas ketua pengarang The Edge yang berhadapan pertuduhan jenayah fitnah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kedua-dua pihak boleh menyelesaikan pertikaian mereka itu melalui proses sivil.

“Pertama sekali adalah individu atau syarikat berkenaan yang merasakan dianiaya sepatutnya menyaman editor dan penerbitan kerana memfitnah.

“Inilah berlaku dalam kebanyakan kes lain yang kita saksikan dalam pertikaian melibatkan laporan media,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bekas ketua pengarang penerbitan The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris didakwa mengikut Kanun Keseksaan di dua Mahkamah Majistret berasingan di Petaling Jaya berhubung dua laporan berita yang diterbitkan mengenai lonjakan saham.

Azam didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah memfitnah dan seorang pengarang semasa, M Shanmugam juga dinamakan dalam salah satu pertuduhan itu.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, tindakan editor didakwa dan digari sebagai penjenayah biasa adalah sesuatu yang menakutkan.

“Selain ia menghalang usaha untuk mempromosikan kebebasan akhbar yang telah dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dalam pemerintahannya.

“Tindakan sedemikian hanya akan menghakis lagi kebebasan dalam penarafan akhbar, yang mana telah mengalami kemerosotan besar dalam dua tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, lebih memburukkan lagi adalah menggari seorang editor memberi isyarat sangat salah kepada negara berkenaan dengan sistem keadilan dan peraturan undang-undang.

“Ini apabila penjenayah berprofil tinggi lain yang pernah disabitkan kesalahan boleh berjalan dengan bebas tanpa gari dan malah dibenarkan menghadiri sidang Parlimen.

“Walaupun kedua-dua kes itu berbeza, prinsip keadilan dan kesaksamaan harus digunakan secara sama rata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.