Thailand bina pagar 185 kilometer di sempadan Malaysia

Thailand bina pagar 185 kilometer di sempadan Malaysia

KERAJAAN Thailand akan membina pagar keselamatan di Narathiwat yang bersempadan dengan Malaysia sepanjang 185 kilometer. – IHSAN ISOC4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Ke­ra­jaan Thailand bersetuju membina pagar keselamatan di sempadan Malaysia dekat Wilayah Narathiwat sepanjang 185 kilometer (km) bermula di Buketa, Daerah Waeng.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul semasa mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi bagi membincangkan dasar keselamatan dan pembangunan Selatan negara ini.

“Pemasangan pagar kesela­matan itu bertujuan menutup kelemahan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia, selain bagi menaik taraf kawalan sempadan secara sistematik.

“Isu mengenai penempatan anggota tentera dan pengawasan sempadan serta garis panduan untuk mengatur kawasan sempadan khususnya sebab-sebab keperluan pembinaan pagar keselamatan di sepanjang sempadan turut di­bin­cangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN