Covid-19: 1,743 kes positif baharu; 44 kes ICU - Utusan Malaysia

Covid-19: 1,743 kes positif baharu; 44 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes baharu positif Covid-19 dengan 1,743 kes berbanding kelmarin, 1,737 kes sekali gus diatasi 1,935 kes sembuh.

Kes positif baharu itu adalah hasil ujian saringan sebanyak 22,886 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,885,539 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 621 kes diikuti Kuala Lumpur (452), Negeri Sembilan (119), Sabah (115) dan Perak (110). Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pulau Pinang (59), Johor (49), Kelantan (40), Kedah (38), Sarawak (37), Melaka (32), Putrajaya (29), Pahang (18) dan Terengganu (17).

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, empat kes dan Labuan, tiga kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 410 orang berbanding kelmarin, 342 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 44 kes berbanding jumlah kelmarin, 52 kes. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 23 kes berbanding jumlah kelmarin, 19 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,452 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,755 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya