SEPANG: Barisan Nasional (BN) Sepang menyenaraikan lima nama dalam kalangan pemimpin UMNO di bahagian itu sebagai misi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said berkata, senarai itu termasuk seorang tokoh wanita tempatan diserahkan kepada Badan Perhubungan BN Selangor di Shah Alam. “Nama-nama itu akan dipanjangkan sebelum dimuktamadkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya ketika ditemui di sini…