Belum dapat tarikh menghadap Pemangku Raja Pahang

Belum dapat tarikh menghadap Pemangku Raja bubar DUN Pahang – Wan Rosdy

WAN Rosdy Wan Ismail (enam dari kiri) menyempurnakan Majlis Penyerahaan Jentera (Traktor) kepada Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Muhd Rizal Baharom di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sri Wisma Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri masih menanti tarikh menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pembubaran Parlimen semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sehubungan itu enggan mengulas tentang calon yang akan diketengahkan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Calon nanti dulu, kita belum final lagi. Manifesto, kita boleh anggap Bajet (Bajet Pahang 2023) yang telah dibentangkan sebagai manifesto.

“Kita belum mendapat perkenan menghadap (Tengku Hassanal). Mana boleh saya mendahului Tuanku,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Jentera (Traktor) kepada Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Muhd Rizal Baharom di pekarangan DUN Sri Wisma Pahang, di sini hari ini.

Terdapat 42 jumlah kerusi DUN di Pahang dan pada PRU14, 25 kerusi dimenangi BN, sembilan Pakatan Harapan (PH) dan lapan kerusi milik Pas.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, kesemua DUN di bawah pentadbiran parti itu dibubarkan susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya