Bekas guru al_Quran harap bantuan katil

Bekas guru al-Quran harap bantuan katil 

KALSOM Harun yang terlantar akibat diserang angin ahmar dijaga dan diurus oleh Norasila Mohd. Noor di Kampung Pela, Ajil, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang bekas guru mengajar al-Quran di Kampung Pela, Ajil di sini sentiasa mengaji walaupun keadaan terlantar akibat diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu. 

Kalsom Harun, 70, yang dijaga oleh anak bongsunya, Norasila Mohd. Noor, 35, berkata, walaupun ingatan ibunya tidak lagi kuat sejak mengalami masalah kesihatan itu, dia masih dapat menghafal serta alunkan potongan-potongan ayat al-Quran.

Menurutnya, dia mendapati ibunya paling kerap membaca surah-surah lazim terutamanya al-Fatihah.

“Tiada waktu-waktu tertentu, tiba-tiba sahaja terdengar dia mengaji walaupun ada bacaan tidak begitu jelas sebutannya. Dia juga begitu bersemangat dengar azan dalam televisyen,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pela, Ajil, di sini, hari ini.

Norasila memberitahu, sebelum ini, ibunya juga sering terlibat dengan program tadarus khususnya di sekitar Ajil.

Selain itu, tambahnya, ibunya kini hanya bergantung kepada susu khas diberikan setiap empat jam dan lampin pakai buang sepanjang masa. 

Menurut Norasila, pada peringkat awal ibunya dikesan menghidap darah tinggi hampir 20 tahun lalu dan sebelum pernah mengalami lumpuh sebelah kanan anggota badan sebanyak dua kali akibat diserang angin ahmar ringan.

“Serangan sebelum ini cuma ringan, melibatkan mulut senget dan tangan kanan lemah, namun setelah diserang kali ketiga lima tahun lalu ibu terus lumpuh, hanya mampu terbaring sahaja atas tilam,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak pernah merasa terbeban menjaga ibunya sepenuh masa walaupun turut punyai dua beradik yang lain kerana merasakan itu tanggungjawabnya sebagai anak untuk membalas jasa.

“Masa saya seharian memang hanya di rumah saja uruskan ibu dengan dibantu suami, Mohd. Hafizrol Mohamad, 32, yang bekerja sebagai buruh.

“Sebelum ini pernah hadapi masalah kewangan kerana perlu utamakan beli keperluan lampin serta susu terlebih dahulu.

“Syukurlah, sejak tiga tahun lalu segala keperluan itu dapat bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan juga diterima,” katanya.

Menurutnya, dia juga mengharapkan ada pihak yang sudi memberi sumbangan katil boleh laras kerana ibunya hanya terbaring atas tilam di atas lantai sahaja.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh hubungi Norasila di talian 013-5276122 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional, 1199541100042533 atas nama Kalsom Harun. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya