Bajet 2023 dibentang petang ini

Bajet 2023 dibentang 4 petang ini

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan beg sampul hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan pada pukul 2.30 petang ini menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023.

Ia sekali gus menjelaskan bahawa pembentangan Bajet 2023 tetap diteruskan seperti dijadualkan biarpun ada ura-ura mengaitkan ia tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.

Tengku Zafrul yang memakai baju Melayu warna biru turquoise dan bersamping terlebih dahulu mengaminkan doa yang dibaca Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Mohamad Zukrillah Ismail di lobi kementerian.

Beliau turut dilihat memegang beg sampul hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pukul 4 petang ini.

Turut sama mengiringi beliau termasuk kedua-dua timbalannya, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa yang juga berbaju Melayu. Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, Bajet 2023 berfokus kepada Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan, Kemakmuran Ekonomi dan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Terdahulu, Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu sama ada Parlimen ke-14 akan dibubarkan atau sebaliknya. 

Ini susulan Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam yang dikaitkan dengan kemungkinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan turut mencadangkan pembubaran Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.