Anwar : Dr. Mahathir, Muhyiddin boleh bekerjasama jika...

Anwar : Dr. Mahathir, Muhyiddin boleh bekerjasama jika…

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya mereka bersetuju untuk melaksanakan agenda reformasi dan menolak rasuah yang menjadi teras utama gabungan parti itu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun penyatuan pembangkang sedap didengar, namun kerjasama itu perlu bersandarkan beberapa prinsip termasuk tidak bersetuju dengan dasar perkauman dan kefahaman agama yang fanatik.

“Jadi bersatu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip jelas, umumnya tata kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan kaedah atau dasar perkauman, fahaman agama fanatik yang menidakkan kehadiran orang lain, itu prinsip yang utama.

“Kalau bersetuju, silakan. Kita bukan memonopoli mana-mana, tetapi kerjasama mesti terikat dengan prinsip. Kalau tidak, tujuan kita untuk menumbangkan UMNO, itu sahaja. Tetapi hendak itu menumbangkan itu siapa? 

“Umpamanya ramai terpalit dengan rasuah besar. Contohnya UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) nama-nama kena jelaskan dahulu. Kalau tak, nak hendaklah jelas rasuah itu bagaimana? Jadi bagi kita berteraskan kepada prinsip ini, bagaimana kita harus jelaskan hal ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau ditanya berkenaan kesediaan PH untuk bekerjasama dengan termasuk dengan Dr. Mahathir dan Muhyiddin untuk mendepani cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Berhubung penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Anwar berkata, keputusan untuk menerima Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) sebagai sebahagian komponen PH tidak mungkin berlaku memandangkan tarikh PRU15 semakin hampir.

Sehubungan itu, katanya berkata pilihan yang adalah hanyalah kerjasama pilihan raya (electoral pact) antara PH dan Muda.

Katanya, ini kerana jawatankuasa rundingan tidak melihat adanya halangan dalam menetapkan beberapa persefahaman sama ada dalam soal kerusi dan logo.

“(Namun), itu terserah berapa cepat rundingan dijalankan, tetapi keputusannya (rundingan) boleh teruskan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya