Anak kedua Fatin Hazlin Dahlia meninggal dunia

Anak kedua Fatin Hazlin Dahlia meninggal dunia

kemalangan
Nur Qaireen Luthfia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hampir 67 jam bertarung nyawa selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, anak kedua Allahyarhamah Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.05 pagi, hari ini.

Nur Qaireen Luthfia Mohd. Lekman, 5, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyusuli ibunya dan adik bongsunya iaitu Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman, 22 bulan yang meninggal dunia pada petang Jumaat lalu.

Nenek Nur Qaireen Luthfia, Sharifah Suzi Suriani Sayed Anuar, 53, berkata, jenazah cucunya itu akan dikebumikan bersebelahan pusara ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar, Manir di sini selepas solat Asar petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Kemalangan tersebut mendapat simpati rakyat Malaysia kerana mengorbankan ibu yang sedang sarat hamil kembar serta seorang anak istimewa mereka.

Dalam kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Bintang, Setiu pada pukul 4.40 petang Jumaat lalu, wanita tersebut, Fatin Hazlin Dahlia meninggal dunia di lokasi kejadian diikuti anak bongsunya, Sayyid Uwais Al-Qarni beberapa jam kemudian.

Sewaktu kejadian, Allahyarhamah dan suaminya, Mohd. Lekman Zakaria, 36, sedang dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan susulan Sayyid Uwais Al-Qarni yang menderita otak di luar tempurung.

Kemalangan itu turut menyebabkan Mohd. Lekman serta dua anak kandungnya iaitu Nur Qaireen Luthfia dan Sayyid Lutfi, 7, serta seorang anak angkat mereka, Muhammad Arsyad Syahiran Mohd. Agil, 9 cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya