Agong berkenan batal proklamasi darurat di tiga Parlimen

Agong berkenan batal proklamasi darurat di dua Parlimen satu DUN

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan proklamasi darurat di dua kawasan Parlimen iaitu Parlimen Gerik dan Batu Sapi serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya. 

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022 dimasyhurkan oleh Seri Paduka menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 

Jelas warta itu, pemasyhuran pembatalan proklamasi darurat itu dilaksanakan di Istana Negara, semalam. 

Pada tahun lalu, Seri Paduka di bawah Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan berkenan mengeluarkan suatu proklamasi darurat yang dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2020 di dua Parlimen dan DUN itu. 

Langkah itu diambil disebabkan oleh suatu darurat besar berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam iaitu wabak Covid-19 untuk mengekang sebarang pilihan raya kecil diadakan di Parlimen dan DUN berkenaan. 

Dalam pada itu, pembatalan proklamasi darurat itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan.

Difahamkan, pembatalan proklamasi darurat perlu dilaksanakan supaya pilihan raya dapat diadakan di dua Parlimen dan DUN itu seiring dengan PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya