1,000 penduduk Limbat, Pasir Tumboh ‘geram’ tiada air

1,000 penduduk Limbat, Pasir Tumboh ‘geram’ tiada air

ROHAIZA Ab. Rahman menunjukkan paip tidak mengeluarkan air rumah sewanya di Taman Keranji, Kampung Lepar, Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan lalu. – UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 1,000 penduduk di beberapa buah kampung sekitar Limbat, Pasir Tumboh di sini merungut akibat terputus bekalan air sejak empat bulan lalu.

Dakwa penduduk, masalah itu bertambah parah apabila bekalan air acap kali terputus terutama pada waktu puncak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Rohaiza Ab. Rahman, 44, mendakwa dia sudah mengemukakan aduan tersebut kepada pihak pengendali perkhidmatan namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan urusan harian termasuk memasak, mencuci pakaian dan sebagainya terjejas.

“Saya sering mendengar ru­ngu­tan berkait dengan masalah air yang dibuat oleh penduduk se­kitar Kampung Lepar, Derdak di kawasan ini (Limbat) sehingga ada dalam kalangan mereka terpak­sa membeli air dan me­num­­pang mandi di masjid berdekatan.

“Setiap bulan penduduk di sini terpaksa mengeluarkan belanja mencecah ratusan ringgit untuk perbelanjaan membeli air bagi kegunaan harian termasuk kos mendobi pakaian” katanya yang menyewa di Taman Ke­ranji, di sini semalam.

Rohaiza memberitahu, dia terkilan apabila aduan kepada pihak bertanggungjawab memberi alasan masalah tersebut berpunca tekanan air rendah dan kapasiti air di dalam loji tidak cukup untuk menampung keperluan di kawasan ber­kenaan.

“Masalah itu menyebabkan saya terpaksa berjimat dalam soal penggunaan air. Bagi mengelakkan keadaan menjadi parah, saya akan membeli nasi bungkus bagi menggelakan penggunaan air berlebihan.

“Saya berharap pihak berwajib dapat menyediakan tangki statik di Kampung Lepar untuk memberi kemudahan kepada penduduk apabila ada gangguan bekalan air waktu malam atau sebaliknya,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zawawi Yusoff, 49, berkata, dia berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Katanya, penduduk sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan masalah tersebut.

Sementara itu pihak Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) ketika dihubungi berkata, pihaknya mengambil maklum perkara tersebut dan akan menjalan sasiasatan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.