ZPP lancar aplikasi MaiZakat

ZPP lancar aplikasi MaiZakat

AHMAD Zakiyuddin Abd. Rahman (tiga dari kanan) dan Amran Hazali (empat dari kanan) ketika majlis pelancaran aplikasi 'mobile' MaiZakat di Kompleks Darul Hidayah, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengorak langkah ke depan dengan memperkenalkan aplikasi khusus iaitu MaiZakat untuk kemudahan pengguna telefon pintar di negeri ini.

Aplikasi yang dibangunkan sejak tahun lepas susulan kejayaan pelancaran portal zakatpenang2u.com itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 70,000 pembayar serta 53,000 penerima zakat di Pulau Pinang ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, kejayaan membangunkan aplikasi itu bertepatan dengan visi kerajaan negeri menerusi slogan ‘Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’ yang menjadi hala tuju utama di peringkat akar umbi.

“Kita buat kajian berdasarkan kepada cadangan-cadangan termasuk permintaan  daripada masyarakat Islam khususnya para pembayar zakat di negeri ini untuk memudahkan permohonan, aduan serta penyaluran segala informasi berkaitan zakat menerusi telefon pintar dapat diwujudkan.

“Maka, hari ini kita bertuah kerana dapat melancarkan aplikasi MaiZakat yang mengandungi ciri-ciri lengkap berkaitan zakat di Pulau Pinang buat pertama kalinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran aplikasi berkenaan yang diadakan sempena program Iltizam Khaira Ummah 2030 (ILTIZAMKU 2030) kali ke-2 di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I yang juga Penaung dan Pengasas Khaira Ummah 2030, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman.

Sebanyak 10 buah agensi atau jabatan berkaitan agama Islam di Pulau Pinang terlibat dengan program itu termasuk Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam negeri (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Islam negeri (JHEINPP) serta Jabatan Kehakiman Syariah negeri.

Dalam pada itu Amran memberitahu, MaiZakat sudah boleh diakses dan dimuat turun oleh pengguna telefon pintar sejak beberapa bulan lepas.

Katanya, promosi secara tidak langsung mengenai aplikasi itu turut dilakukan di beberapa rangkaian media sosial khususnya Facebook sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya