Penjaga gol Zaragoza tumbuk pemain lawan

Penjaga gol Zaragoza tumbuk pemain lawan

Esteban Andrada
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Penjaga gol Real Zaragoza, Esteban Andrada berdepan hukuman penggantungan bagi tempoh yang panjang selepas menumbuk pemain Huesca dalam perlawanan divisyen kedua Sepanyol, semalam.

Pemain Argentina berusia 35 tahun itu terlebih dahulu menolak Jorge Pulido sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Namun, situasi menjadi lebih tegang apabila Andrada dilihat hilang kawalan, berlari semula ke arah Pulido dan menumbuk muka pemain tersebut sehingga mencetuskan pergaduhan besar pada masa kecederaan.

Insiden itu turut menyaksikan penjaga gol Huesca, Dani Jimenez serta pemain Zaragoza, Dani Tasende dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Dalam perlawanan tersebut, Huesca berjaya mempertahankan kelebihan untuk mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas seteru setempat mereka.

Real Zaragoza dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak kelab tidak akan berkompromi dengan insiden tersebut.

“Kami menyaksikan adegan yang tidak mencerminkan semangat kesukanan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kelab ini mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan yang telah mencemarkan perlawanan penting bagi wilayah kami,” kata Zaragoza.

Tambah kelab tersebut, siasatan dalaman akan dijalankan dan tindakan disiplin sewajarnya akan diambil terhadap Andrada. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN