Yonny rangkul trofi Album Terbaik AIM 23 - Utusan Malaysia

Yonny rangkul trofi Album Terbaik AIM 23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Album Yonny (Deluxe Version) dinobatkan sebagai pemenang kategori Album Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan penyanyi, Yonnyboii membawa pulang trofi dan Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik berjumlah RM200,000 yang diberikan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai galakan dan insentif kepada penggiat industri muzik.

Hadir pada majlis AIM 23 ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM 23, Rosmin Hashim.

Selain itu, Lagu Terbaik pula dimenangi oleh Ernie Zakri dan Syamel menerusi lagu Goodbye Hello, melayakkan mereka membawa pulang DKD berjumlah RM50,000.

DKD dengan jumlah yang sama turut dibawa pulang Vanessa Reynolds apabila mengungguli kategori Artis Baharu Terbaik.

Sementara itu, Gatal dendangan Janna Nick pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Video Muzik Terbaik yang meraih DKD berjumlah RM20,000 serta trofi.

Bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dirangkul oleh Ernie Zakri, manakala bagi kategori lelaki diterima oleh Arddley Nicholas.

Kemenangan besar diraih penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi album Belagu apabila lagu Tudung Periuk dinobatkan sebagai pemenang Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Rakaman, selain  Rakaman Album Terbaik.

AIM 23 turut mengiktiraf penasihat syarikat rakaman SRC, Tan Su Loke sebagai penerima Anugerah Wirama atas sumbangan dan jasanya dalam industri muzik.

Berikut adalah senarai pemenang AIM 23 bagi kategori lain:

Lagu Nasyid Terbaik: Thank You Allah( Alyah ft Cat Farish dan Haris Ismail)
Lagu Pop Etnik Terbaik : Adat Kasih (Ziha Salleh)
Lagu Runut Bunyi Terbaik Drama/Filem: Bahagiakan Dia (Shila Amzah dan Liza Hanim)
Lagu R&B/HipHop Terbaik: Ciao (Joe Flizzow)
Lagu Pop Elektronik Terbaik : Fun Last Love ( Late Night Frecuency)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Game Of Charades ( Sophia Zuhri)
Lagu Bahasa Cina Tempatan Terbaik : Wu Ren Qian Shou De Cin Fu ( Uriah)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Luar Negara : Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)
Lagu Rock Terbaik : Tugu Ugut (Sekumpulan Orang Gila)
Lagu Pop Terbaik : Goodbye Hello (Syamel Ernie)
Vokal Berkumpulan Terbaik : VE
Persembahan Vokal Duo Terbaik : Shila Amzah dan Liza Hanim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya