Mohd. Azizi sedia berdepan tindakan dari Bersatu

Mohd. Azizi sedia berdepan tindakan dari Bersatu

MOHD. Azizi Abu Naim (dua kanan) meraikan tetamu yang hadir ke rumah terbukanya di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim sedia berdepan sebarang tindakan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan keputusannya secara terbuka menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Azizi berkata, beliau tidak pernah melompat dan meninggalkan parti sebaliknya menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Apa yang kita langgar mungkin ada kesalahan di peringkat undang-undang kecil parti yang tertakluk di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Jadi kalau isu kekosongan kerusi sebagaimana parti Bersatu nyatakan sebelum ini sangat tidak berasas pada saya kerana kita kena rasional dan profesional.

“Saya yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) berlaku disebabkan penyandang di kerusi terbabit meninggal dunia, bankrap atau hilang kewarasan (hilang akal atau gila),” katanya selepas Majlis Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di Taman Wangi di sini hari ini.

Mohd. Azizi memberitahu, selain sudut perundangan Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Katanya, beliau Speaker mempunyai kaedah dan akta yang tersendiri.

“Apa yang kita buat sebelum ini pada kami sudah merujuk kepada peguam kita tidak langgar undang-undang anti lompat parti.

“Kita akan tengok isi kandungan surat tersebut sama ada berbentuk tindakan atau teguran. Jadi di pihak kami berenam kita telah buat ketetapan secara rasmi bahawa apa pun yang terjadi kita tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang masing-masing menyokong pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar minggu hadapan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat berkenaan akan dihantar secara serentak kepada semua wakil rakyat berkenaan, sejurus PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu selesai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN