Kesihatan mental makin baik lepas pindah ke AS

Kesihatan mental makin baik lepas pindah ke AS

ABHIRATH BATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pengguna laman X mencetus perdebatan hangat dalam media sosial selepas berkongsi bagaimana kesihatan mentalnya bertambah baik sejurus berpindah dari India ke Amerika Syarikat (AS). 

Lapor NDTV, semuanya bermula dengan siaran oleh pengguna X lain mengenai kesihatan mental lelaki. 

“Inilah sebabnya kita memerlukan lelaki dalam kesihatan mental. Seumpama kisah Lord of The Ring apabila watak Gandalf serta-merta tahu Theoden perlu menghayunkan pedang sebentar,” tulis seorang pengguna.

Menjawab komen tersebut, Abhirath Batra berkata, kesihatan mentalnya bertambah baik sejak berpindah ke AS dan menjelaskan sebabnya adalah kerana dia perlu melakukan segala-galanya sendiri dari memasak hingga mengemas rumah.

“Kesihatan mental saya bertambah baik beberapa batu ketika saya berpindah ke AS kerana saya kembali menggunakan tangan. 

“Saya memasak, membasuh pinggan, membersihkan habuk dan  saya sedar fikiran saya semakin tenang sambil merasa gembira mendendangkan lagu. 

“Saya juga menjadi orang yang paling gembira mengangkut muatan besar penghantaran IKEA hari ini. Tangan yang sibuk, fikiran yang tenang,” komen Batra.

Komen Batra mendapat pelbagai respon di laman blog itu dan mengumpul lebih daripada 101,000 tontonan. 

Di bahagian komen, selain sesetengah pengguna bersetuju dengan pendapatnya, ramai  mempersoalkan apa yang menghalangnya daripada melakukan semua kerja rumah itu ketika menetap di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN