UMNO menyimpang daripada landasan

UMNO menyimpang daripada landasan

MARZUKI YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO didakwa telah menyimpang daripada matlamat asal perjuangannya membela orang Melayu.

Justeru, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya berkata, sebab itulah partinya tidak menumpukan serangan ke atas PKR dan DAP, sebaliknya giat mengkritik UMNO.

Beliau berkata, sebagai parti yang mewakili kepentingan Melayu-Islam, UMNO didakwa sudah tersasar dari landasan dan orang Melayu perlulah memilih alternatif yang memperjuangkan kepentingan mereka.

“Isu di antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah soal peribadi. Tiada kena mengena seperti yang disebut oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini.

“Dalam hal ini, kita menentang UMNO kerana parti itu te­lah menyimpang daripada matlamat perjuangannya yang asal. Sebagai sebuah parti Melayu, seharusnya UMNO memainkan peranan menjaga kepentingan bukan saja orang Melayu, tapi juga seluruh rakyat negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau berkata, dalam soal Pejuang yang dilihat tidak agresif mengkritik DAP dan PKR yang didakwa liberal, katanya ini kerana masalah dalaman orang Melayu itu sendiri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu.

“Pejuang lebih menumpukan serangan terhadap UMNO, kera­na kita yakin bahawa masalah dalaman Melayu itu sendiri yang perlu diperbaiki.

“Kita lebih tertumpu kepada memperbaiki Melayu itu sendiri, jika orang Melayu mampu melahirkan pemimpin yang berwibawa dan membentuk negara dengan baik, maka itu perlu supaya dapat menyelesaikan segala permasalahan.

“Kalau sekadar (melihat) DAP yang menjadi masalah buat kita, kita juga tidak akan bertanding di kerusi-kerusi DAP. Masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah orang Melayu,” kata­nya.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak akan lemah dan terjejas dengan kempen terbaharu daripada Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya parti itu dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Maslan berkata, Tun Dr. Mahathir kini bukan lagi ahli UMNO dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya