Tunggang motor 160 km setiap hari timba ilmu

Fazli tunggang motor 160 km setiap hari timba ilmu

MOHD. FAZLI SAHAK (kiri) dan Mohamad Adib Syazwan Mohamad Iseroki bersama anugerah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Penat jerih menunggang motosikal sejauh 160 kilometer setiap hari sejak dua tahun lalu membuahkan hasil apabila pembantu tadbir Penjara Taiping, Perak menerima Anugerah Ketua Pengarah dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Pulau Pinang 2022.

Kesungguhan dan ketekunan Mohd. Fazli Sahak @ Ishak, 40, berulang-alik dari Taiping ke Nibong Tebal dekat sini sepanjang mengikuti program pengajian Sijil Kulinari didorong semangat ingin menimba ilmu dalam bidang yang amat diminatinya.

“Saya melanjutkan pengajian menerusi tawaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus buat penjawat awam.

“Cabaran memang banyak apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19, saya terpaksa menunggang motosikal untuk ke Kolej Komuniti Nibong Tebal kerana perkhidmatan tren dihentikan seketika.

“Saya memang amat meminati bidang kulinari dan merancang membuka kafe yang akan diuruskan isteri nanti,” katanya kepada pemberita di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini hari ini.

Sementara itu, penerima Anugerah Usahawan, Mohamad Adib Syazwan Mohamad Iseroki, 22, berkata, Sijil Pastri yang dimiliki meningkatkan lagi kemahirannya dalam bidang itu.

“Semasa sedang mengikuti pengajian, saya berjaya membuka kedai kek dan pastri di Baling, Kedah yang mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Ternyata keputusan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Tasek Gelugor adalah pilihan terbaik kerana saya dapat mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari dalam menguruskan perniagaan,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 11 graduan menerima diploma manakala 417 graduan menerima sijil yang disampaikan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad. 

Majlis konvokesyen itu menghimpunkan graduan dari enam kolej sekitar Pulau Pinang iaitu Kolej Komuniti Seberang Jaya; Kepala Batas; Nibong Tebal; Tasek Gelugor; Bukit Mertajam dan Bayan Baru. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya