Tommy Thomas dakwa dua pentadbiran selepas PH sebagai kerajaan gagal  - Utusan Malaysia

Tommy Thomas dakwa dua pentadbiran selepas PH sebagai kerajaan gagal 

tommy thomas
TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Tommy Thomas mendakwa dua pentadbiran selepas kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 yang didominasi pemimpin Melayu sebagai kerajaan yang gagal.

Bekas Peguam Negara itu berkata, walaupun dua kerajaan selepas kejatuhan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) didominasi dalam kalangan pemimpin Melayu, beliau mempersoal apakah keadaan bertambah baik atau sebaliknya?

“Pertama saya fikir punca Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) letak jawatan sekali gus memberi laluan kepada dua kerajaan untuk mentadbir dalam tempoh dua tahun setengah kerana tanggapan mereka pentadbiran sebelum ini sebagai tidak cukup Melayu.

“Namun dalam tempoh dua tahun setengah, anda ada Kabinet yang didominasi oleh orang Melayu. Selepas dua tahun setengah itu, ada persoalan penting yang ingin diutarakan: Adakah kerajaan Melayu hari ini lebih efisien dan baik?

“Saya rasa jawapannya, pengundi Melayu pun akan berkata, ‘adakah anda bergurau? Biar betul!’ Mereka buat kerja yang begitu buruk dalam pentadbiran. Jadi kerajaan Melayu (hari ini) telah gagal. Jadi anda perlu menggunakan isu ini,” katanya dalam Forum Dark Forces Towards GE15 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH), Sabtu lalu.

Perkara itu adalah antara tiga cadangan diketengahkan Tommy sekiranya ingin mengulangi sejarah PRU14 yang menyaksikan pembangkang menang dan menjadi kerajaan untuk buat pertama kali.

Selain itu, Thomas berkata, pembangkang perlu menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai iltizam mereka dalam PRU15 dan mendakwa kedua-dua kerajaan selama ini terpalit dengan budaya itu di samping menjuarai isu kos sara hidup dan peningkatan inflasi.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kembali berkuasa pada PRU akan datang jika terdapat peratusan tinggi orang keluar mengundi.

“Jika anda boleh dapat 60 peratus daripada pengundi muda dan 80 peratus daripada purata nasional, saya jamin akan ada kemenangan berulang pada PRU15 dan kita akan ada kerajaan baharu,” katanya yang kemudian menerima tepukan peserta forum tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.