Tiada sebarang peranti alternatif dibenarkan dalam GEG - Khairy -

Tiada sebarang peranti alternatif dibenarkan dalam GEG – Khairy

KHAIRY Jamaluddin menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil NGO pada Majlis Agihan Dana Program Kesihatan Mental Kepada NGO di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada sebarang peranti alternatif dibenarkan atau dicadangkan untuk dimasukkan dalam pelan Generasi Penamat (GEG).

Itu tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin susulan ada pihak mencadangkan supaya GEG turut diberi peluang menggunakan peranti alternatif berkonsepkan ‘harm reduction’ (pengurangan kesan buruk).

Menurutnya, undang-undang baharu yang menyasar individu yang lahir sejak 2007 tidak sepatutnya diberikan pilihan untuk merokok apa jenis bahan sekali pun.

“Harm reduction adalah untuk mereka yang sudah merokok bukan untuk yang baru nak merokok. Kenapa kita nak berikan pilihan kepada mereka merokok apa saja?

“Tidak perlu ada elemen pengurangan kesan buruk kerana kita mahu menghentikan pengenalan (merokok) kepada GEG,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Agihan Dana Bagi Program Kesihatan Mental kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini, hari ini.

Katanya, sebagai Menteri Kesihatan, beliau tidak mahu memperkenalkan elemen pengurangan kesan buruk kepada generasi muda yang tidak merokok.

Baru-baru ini, sebuah firma perunding pengurusan, Povaddo mendedahkan isu membabitkan GEG boleh dicapai menerusi jalan tengah, malah, mereka berpendapat rokok biasa sangat berbeza dengan peranti alternatif.

Khairy sebelum ini menjelaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok.

Menurutnya, RUU itu juga diyakini dapat mengurangkan peratus perokok di Malaysia kepada kurang lima peratus menjelang 2040 berbanding kira-kira 21 peratus ketika ini.

“Kita yakin dua juta nyawa mampu diselamatkan daripada kematian disebabkan penyakit berkaitan aktiviti merokok, dalam tempoh sehingga 2040 sekiranya RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 diluluskan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.