Prestasi TalentCorp tak memuaskan - Saravanan

Prestasi TalentCorp tak memuaskan – Saravanan

M. SARAVANAN (tengah) merasmikan Majlis Kepimpinan dan Pengurusan Kuil Hindu Era Kecemerlangan di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI:  Kementerian Sumber Manusia mahu memperkasakan Talent Corporation Malaysia Bhd., (TalentCorp) bagi memastikan matlamat asal penubuhannya untuk membawa pulang tenaga kerja termasuk golongan profesional dapat dilaksanakan dengan baik.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan mengakui, sejak TalentCorp ditubuhkan pada 2011 pencapaiannya masih belum memuaskan dan antara cabaran utama dihadapi untuk mencapai matlamat itu adalah perbezaan mata wang ringgit berbanding mata wang lain yang lebih tinggi.

“Dari aspek sumber manusia, golongan profesional masih memilih ke luar negara dan ini cabaran besar yang kita hadapi kerana apabila mereka keluar, kita tidak mempunyai maklumat lengkap di negara mana mereka berada dan dalam bidang pekerjaan apa termasuk yang bekerja di Singapura.

“Itu sebabnya kita mulakan inisiatif TalentCorp untuk membawa masuk semula tenaga profesional yang telah ke luar negara, tetapi dari segi keberkesanannya ia tidak memuaskan, bukan sahaja melibatkan golongan profesional malah juga golongan pekerja biasa.

“Ambil contoh pengawal keselamatan, di sini mereka bergaji RM1,800, tetapi individu sama yang melakukan pekerjaan sama di Singapura mendapat gaji 2,000 dolar Singapura, apabila ditukar dia mendapat gaji RM6,000 lebih,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Kepimpinan dan Pengurusan Kuil Hindu Era Kecemerlangan di Puteri Harbour, di sini hari ini.

Justeru, Saravanan menggesa rakyat negara ini untuk mengembalikan kestabilan politik bagi membolehkan usaha pemulihan ekonomi negara berjalan dengan lancar.

“Langkah awal yang perlu kita lakukan adalah dengan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara bagi meningkatkan semula nilai matawang. Bagi tujuan itu kestabilan politik amat diperlukan.

“Ini kerana apabila negara tiada kestabilan politik, bagaimana kita hendak kukuhkan ekonomi dan menarik masuk pelaburan, ‘it’s a cycle’.

“Jadi, rakyat mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan itu, kita kena pastikan pilihan yang terbaik dalam menentukan parti mana yang akan memerintah. Rakyat kini boleh menilai,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya