Polis cari saksi kemalangan maut

Polis cari saksi kemalangan maut

KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 184.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Bagan Serai, Perak, hari ini. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Polis meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan motosikal yang menyebabkan penunggangnya maut di KM184.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, saksi yang melihat kejadian itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd. Khairul Hanafi Hanapi di talian 013-6200564.

Menurutnya, semasa kejadian, penunggang motosikal, Muhammad Shafiq Abu Bakar, 28, beralamat dari Kampung Belakang Pekan, Sungai Kechil Hilir, Bandar Baharu, Kedah menunggang motosikal jenis Honda EX5 bernombor plat PKG1773.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 6.30 pagi hari ini semasa mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke rumahnya di Bandar Baharu, Kedah.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh di lokasi kejadian.

“Impak daripada kemalangan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku dan usaha mengesan saksi bebas sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN