PH tubuh jawatankuasa runding penyertaan Muda

PH tubuh jawatankuasa runding penyertaan Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menilai kedudukan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam parti itu da kerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, jawatankuasa itu terdiri daripada empat orang iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad mewakili PKR, Steven Sim Chee Keong (DAP), Mohd Hasbie Muda (Amanah) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).

“Majlis Presiden PH dalam mesyuarat hari ini telah meneliti dan membincangkan permohonan keanggotaan parti Muda serta hasrat PSM untuk bekerjasama dengan PH secara rasmi.

“Hasrat Muda dan PSM ini bererti parti-parti yang bersedia berpegang pada prinsip-prinsip serta berada di landasan yang sama dengan PH dapat dirangkul kekuatan bagi menghadapi PRU15.

“Oleh itu, Majlis Presiden hari ini bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan pihak MUDA dan PSM,” katanya.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan bagi menghadapi PRU15 selain terbuka mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa usaha tersebut adalah bagi mengelakkan pertembungan pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN