Perangi fitnah, tohmahan habis-habisan - Onn Hafiz

Perangi fitnah, tohmahan habis-habisan – Onn Hafiz

ONN Hafiz Ghazi bergambar bersama ahli Kelab Media Johor (KMJ) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan 2021-2022 KMJ di Hotel Paragon, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran bahawa pentadbiran beliau akan memerangi sebarang fitnah dan tohmahan oleh pihak yang bertujuan untuk mencalar imej negeri ini secara habis-habisan.

Tegasnya, tindakan itu merupakan antara tanggungjawab beliau dan barisan xxco selaku pemimpin yang diamanahkan.

“Sebagai pemimpin, saya dan pasukan saya akan melawan fitnah habis-habisan. Kita perlu menghayati keamanan yang dikecapi ini dan kalau ada pihak mahu cuba gugat keamanan dan kestabilan yang ada hari ini, kita akan lawan.

“Oleh itu, saya turut meminta kerjasama pihak media untuk tidak hanya melaporkan perkara yang buruk-buruk untuk menjual akhbar, kerana saya yakin berita baik dan positif juga boleh dijual.

“Perkara ini amat penting ketika negara berdepan kemungkinan menghadapi pilihan raya umum, kerana dalam tempoh tersebut, pasti banyak fitnah dan tohmahan akan dilontarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Johor (KMJ) di Hotel Grand Paragon, di sini malam tadi. Yang turut hadir, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Penaung KMJ menegaskan bahawa kerajaan tidak menolak pelaksanaan Enakmen Antilompat Parti, sebaliknya menganggap tidak perlu diwujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mengkaji perkara itu.

“Hari ini, pembangkang membuat dakwaan bahawa kerajaan negeri menolak untuk melaksanakan akta Antilompat Parti, sedangkan yang kita tolak adalah penubuhan jawatankuasa pilihan khas.

“Ini kerana perkara itu telah diluluskan di Dewan Negara dan turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, proses seterusnya adalah perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Johor, kita jelas tidak mahu katak-katak politik ini, namun kita tidak mahu mendahului kuasa raja-raja. Jadi, Johor akan ikut perjalanan proses tersebut dan apabila ia lulus di peringkat Majlis Raja-Raja, sudah boleh dilaksanakan,” katanya 

Semalam, sidang DUN Johor menolak cadang rundingan yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim supaya kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat kajian tentang Enakmen Antilompat Parti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dalam sidang akhbar semalam turut menegaskan bahawa tiada keperluan bagi sebuah jawatan kuasa pilihan khas ditubuhkan kerana enakmen berkenaan  sudah diwartakan dan ditetapkan tarikh kuat kuasa dengan setiap Dewan Negeri mempertimbangkan pemakaian enakmen tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya