Pengajaran ‘mahal’ buat Rahadiazli

Pengajaran ‘mahal’ buat Rahadiazli

RAHADIAZLI Rahalim tidak dapat menyembunyikan kekecewaan ketika Terengganu FC tumpas kepada JDT. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyifatkan dua kesilapan dilakukan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dibayar dengan ‘harga mahal’ kelmarin.

Nafuzi bagaimanapun tidak menyalahkan pemain muda berusia 21 tahun itu sepenuhnya, malah sedikit pun tidak menyesal memberi kepercayaan kepadanya beraksi di pentas akhir Piala FA.

“Sebelum ini dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan, dia (Rahadiazli) turut melakukan kesilapan hingga menyebabkan kekalahan 1-2.

“Saya tetap menurunkannya untuk aksi Liga Super seterusnya dan separuh akhir Piala FA menentang Selangor, di mana dia beraksi cemerlang (penentuan sepakan penalti).

PEMAIN JDT, Mohamadou Sumareh (kiri) mengasak penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim dalam final Piala FA di Bukit Jalil kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“Saya bukan jurulatih yang tutup peluang dan ruang pemain muda, ini semua proses pembelajaran dan perbaiki kelemahan, jadi kalau kita tutup tak guna kita bagi peluang.

“Banyak lagi pemain saya perlu belajar lagi dari masa ke semasa. Jadi dengan kesilapan pada perlawanan besar (final) perlu dibayar dengan harga yang mahal, macam itulah,” katanya selepas perlawanan.

Dua kesilapan Rahadiazli pada babak kedua memberi peluang buat Bergson da Silva meledak dua gol membantu kemenangan 3-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Terengganu FC.

NAFUZI Zain akur JDT pasukan yang lebih hebat dan berpengalaman.

Kata Nafuzi, ketika perlawanan di kedudukan 1-2, dia merasakan pasukanya mempunyai tenaga cukup untuk menyamakan kedudukan tetapi mereka melepaskan gol ketiga cepat sangat.

“Kesilapan Rahadiazli kerana beliau tidak sepatutnya keluar tapi dengan pemain muda ini kita perlu jangka perkara seperti ini akan berlaku.

“Kita kena faham situasi ini perlawanan akhir berbeza dengan liga. Terengganu dibarisi ramai pemain muda, manakala JDT pula pemain berpengalaman dan sudah banyak kali beraksi di pentas akhir.

“Kami tetap cuba bermain namun mungkin sebab faktor tekanan, pengalaman dan kualiti menjadikan JDT lebih baik dari kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya