Pembukaan semula aliran bebas Wang Kelian sukar dilaksanakan

Pembukaan semula aliran bebas Wang Kelian sukar dilaksanakan

HAMZAH Zainuddin (tiga kanan) meninjau lokasi berhampiran jejantas KTMB Padang Besar, Perlis semalam.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian di sini yang ditutup sejak 2015 sukar dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, hal demikian kerana ia memerlukan satu kerangka kerja yang komprehensif berikutan perkara tersebut melibatkan aspek ke­selamatan negara.

Katanya, kerangka kerja komprehensif itu bukan hanya melibatkan aspek fizikal namun turut membabitkan aset-aset dengan teknologi canggih bagi memastikan kawalan ke­selamatan di semua pintu masuk negara dapat dipantau dengan berkesan.

“Keutamaan Kementerian Dalam Negeri adalah bagi memastikan supaya kita dapat mengurangkan kawasan yang boleh dibolosi oleh penjenayah melibatkan kegiatan dadah, membawa masuk barangan tidak sah dan pemerdagangan manusia,” katanya ketika ditemui pada program menyemai kasih rakyat bersama masyarakat Siam di Pusat Latihan Penjara (Pulapen) Pusat Koreksional Perlis di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan desakan pelbagai pihak khususnya penduduk setempat agar kerajaan Pusat mempertimbangkan pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian.

Zon aliran bebas tersebut dimansuhkan pada 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk dan kawalan sempadan bagi menyekat ancaman dan mengekang penyeludupan barangan terlarang. Pemansuhan tersebut dibuat susulan penemuan kubur besar yang menempatkan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pada masa ini, peniaga dan penduduk di sekitar Wang Kelian perlu mengikut undang-undang keluar masuk sempadan seperti biasa dengan perlu mempunyai dokumen yang sah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya