Verstappen tidak goyah hilang orang kanan

Verstappen tidak goyah hilang orang kanan

Max Verstappen (kiri) bersama Gianpiero Lambiase yang akan berhijrah ke pasukan McLaren. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Max Verstappen kekal tenang mengharungi ketidaktentuan dalaman Red Bull Racing apabila pasukan itu bakal kehilangan jurutera perlumbaan utamanya, Gianpiero Lambiase.

Lambiase, figura penting di belakang kejayaan Verstappen sejak 2016, dilaporkan akan berhijrah ke McLaren sebagai ketua pegawai perlumbaan selewat-lewatnya menjelang 2028.

Namun, ketua pasukan Red Bull, Laurent Mekies, menepis sebarang spekulasi bahawa pemergian itu mampu menggugat masa depan juara dunia berkenaan.

“Keputusan Max tidak bergantung kepada seorang individu. Dia faham struktur dan perjalanan pasukan ini secara menyeluruh.

“Ini adalah pasukan yang sangat kompetitif. Tidak semua boleh kekal atau dinaikkan pangkat. Ada yang memilih cabaran baharu,” katanya.

Dalam masa sama, tumpuan turut terarah kepada isu prestasi enjin baharu musim ini yang mengundang rasa kurang senang Verstappen.

Pelumba Belanda itu sebelum ini mengkritik konfigurasi hibrid hampir seimbang antara enjin pembakaran dalaman dan kuasa elektrik yang dianggap menjejaskan ‘feel’ pemanduan.

Bagaimanapun, Mekies memberi bayangan bahawa pelarasan teknikal menjelang perlumbaan Grand Prix Miami hujung minggu ini mampu meredakan kebimbangan tersebut.

“Kami sedang bekerja keras untuk memastikan pelumba dapat memaksimumkan prestasi jentera. Penambahbaikan akan terus dilakukan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN