Pemandu potong barisan paling ramai disaman di Melaka - Utusan Malaysia

Pemandu potong barisan paling ramai disaman di Melaka

MUHAMMAD FIRDAUS Sharif (kiri) memeriksa seorang penunggang motosikal dalam Op Rentas Sempadan Wilayah Selatan di Pintu Gerbang Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan saman terhadap 252 pemandu kenderaan atas kesalahan memotong barisan sebelah kiri sewaktu trafik sesak sepanjang tiga hari pelaksanaan Op Rentas Sempadan Wilayah Selatan, berakhir hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata, kesalahan tersebut adalah penyumbang terbesar terhadap jumlah saman dikeluarkan.

Katanya, operasi menyaksikan sebanyak 662 kenderaan diambil tindakan daripada 956 buah yang diperiksa di tiga lokasi utama iaitu Cheng Height, Bertam Malim dan Padang Keladi.

“Apabila kita melaksanakan Op Sempadan membabitkan kolaborasi dengan JPJ Negeri Sembilan dan Johor, kesalahan memotong barisan sebelah kiri adalah paling tinggi dalam masa tiga hari penguatkuasaan dilaksanakan.

“JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhemah dan mematuhi jalan raya. Memang semua orang hendak cepat tetapi memandangkan cuti hujung minggu, pertambahan kenderaan di jalan raya meningkat.

“Untuk kesalahan tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan,” katanya pada sidang akhbar khas Op Rentas Sempadan Wilayah Selatan berhampiran Pintu Gerbang Ayer Keroh di sini hari ini.

Tambah Muhammad Firdaus, sebanyak 502 saman telah dikeluarkan untuk kesalahan lain iaitu tidak mematuhi lampu isyarat merah (121), tidak memakai topi keledar (15) dan tidak memakai tali pinggang keledar (26).

“Beberapa kesalahan lain membabitkan memotong di garisan berkembar sebanyak tiga saman, menggunakan lorong kecemasan (2), menggunakan telefon bimbit (5), membawa lebih muatan (131) dan membawa muatan bahaya (1),” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya