Pas pilih PN atau UMNO, biar Presiden yang jawab - Idris

Pas pilih PN atau UMNO, biar Presiden yang jawab – Idris

IDRIS  Ahmad menandatangani plak perasmian naik taraf Surau Al-Faizin SMK Tengku Menteri Changkat Jering di Bukit Gantang, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berhubung laporan parti itu dijangka memuktamadkan siapa ‘rakan’ kerjasama pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15), sama ada Perikatan Nasional (PN) atau UMNO.

Menurutnya, setakat ini beliau belum diberi maklumat mengenai keputusan parti berhubung kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu.

“Berhubung perkara itu, saya belum menerima  sebarang jawapan daripada pimpinan tertinggi Pas Pusat.

“Saya nak dengar dahulu kenyataan daripada Presiden saya, setakat ini saya tidak lagi diberitahu perkembangan lanjut keputusan itu.

“Jadi saya tidak dapat memberi jawapan sekarang, segala keputusan datang daripada pucuk pimpinan Pusat dan keputusan akan dikeluarkan oleh Presiden sendiri,” katanya kepada pemberita pada perasmian naik taraf Surau Al-Faizin dan tazkirah Maulidur Rasul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering, di sini hari ini.

Idris juga enggan mengulas ketika ditanya tindakan Pas yang mahu memuktamadkan rakan kerjasamana dengan parti lain sedangkan sebelum ini Pas dilihat sudah memuktamadkan kerjasama dengan Bersatu dalam PN.

“Apa-apa pun biarkan saya mendengar kenyataan daripada Presiden Pas sendiri.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara itu, biarlah Presiden Pas yang membuat pengumuman berhubung isu tersebut,” katanya.

Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas akan memuktamad hala tuju sama ada mengekalkan kerjasama dengan PN atau masih ada persefahaman dengan UMNO menjelang PRU15.

Menurut Muhyiddin berkata, bayangan itu diberikan oleh Abdul Hadi pada pertemuan dengan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada Pas untuk membuat keputusan berikutan tidak mahu PN yang diasaskan bersama Pas dilihat sebagai tidak kukuh, dan perlu mempunyai pendirian yang senada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN