Pas pertimbang semula logo PN untuk PRU15 

Pas pertimbang semula logo PN untuk PRU15 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas mempertimbang semula penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau bertindak sedemikian kerana menyedari suara tidak puas hati dalam kalangan akar umbi partinya.

Disebabkan itu, katanya, perkara itu dipertimbangkan semula sebelum membuat keputusan muktamad.

“Ada yang mahu kekal simbol lama, ada yang mahu simbol baharu dan ada yang timbul pelbagai persoalan. Ini kita akan pertimbangkan.

“Jadi, kita masih mendengar pandangan akar umbi,” katanya dalam sidang akhbar Muktamar Pas Ke-68 di sini hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, Pas secara dasarnya bersetuju menggunakan logo PN pada PRU15.

Bagaimanapun, beliau mengakui, penggunaan logo PN masih lagi di peringkat percubaan. 

“Kita mahu pakai satu simbol di peringkat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, tapi peringkat PRU belum lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN