PETALING JAYA: Mereka yang membeli emas untuk melabur dinasihatkan menyemak status ketulenannya agar tidak menanggung rugi apabila ingin menjualnya kelak. Sumber perbankan memberitahu Mingguan Malaysia, ini kerana tiada agensi khas yang mengawal selia dan boleh mengesahkan isi padu sebenar emas bar atau keping itu. “Syarikat itu dakwa emas 916 berat satu gram walhal ada yang letak benda asing dan isi padu sebenar hanya 0.90 gram. “Malah, adakah sijil pengesahan ketulenan…










