Kerani didakwa bunuh bayi 6 bulan

Kerani didakwa bunuh bayi 6 bulan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang kerani sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Klang Gate, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Zainah Misdin, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md. Top.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh  di bawah di bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan wanita itu bersama-sama dengan seorang individu yang masih bebas bagi mencapai niat bersama didakwa membunuh bayi lelakinya berusia enam bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seladang 2, Kampung Klang Gate pukul 7.40 malam pada 23 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin manakala peguam Swinder Singh mewakili tertuduh.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember ini untuk sebutan kes.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu ditahan di lobi Hospital Tunku Azizah pada 29 Ogos lalu.

Menurut polis, dalam kejadian itu pegawai perubatan hospital telah menerima seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pukul 4.30 petang pada 29 Ogos lalu.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian paha kanan dan kening mangsa disyaki terdapat unsur penderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya