Keputusan pemakaian pelitup muka diumum minggu depan

Keputusan pemakaian pelitup muka diumum minggu depan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan keputusan pemakaian pelitup muka pada minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pakar-pakar masih dalam proses pengumpulan maklum balas daripada orang ramai sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

“Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam sudah menerima syor mengenai pemakaian pelitup muka minggu lepas.

“Banyak aspek harus diteliti kerana pelbagai varian Covid-19 masih mengelilingi kita, jadi masyarakat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan menjaga kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa walaupun kini negara berada dalam Fasa Peralihan Endemik.

Katanya, KKM juga akan mendapatkan nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN