PETALING JAYA: Masyarakat harus bersedia menghadapi keadaan ekonomi yang perlahan tahun depan dengan mengadaptasi pengurusan kewangan yang berhemah dan tidak menambah hutang baharu. Pakar ekonomi juga menyarankan orang ramai mempelbagaikan punca pendapatan, meningkat simpanan, mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan dan berusaha mengurangkan hutang sedia ada. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, ini berikutan sektor ekonomi terutamanya di peringkat global dijangka berada di bawah…










