PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengadakan peraturan mandatori memaksa industri dalam negara menggunakan getah tempatan untuk membantu meningkatkan harga komoditi itu. Dasar eksport sebagai keutamaan pada masa ini tidak membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil kerana permintaan yang tidak konsisten dan saingan getah tiruan, polimer. Malah, peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah yang disifatkan tidak mencapai tahap yang sepatutnya menyebabkan potensi untuk mengkomersialkan bahan berasaskan komoditi itu di takuk lama walaupun permintaan…











