Ejen kosmetik diselamatkan, 7 ditahan - Utusan Malaysia

Ejen kosmetik diselamatkan, 7 ditahan

ROSNAZIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ejen jualan barangan kosmetik yang didakwa diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dekat sini pada 13 September lalu berjaya diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah lokasi di Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, susulan itu, mangsa telah dibawa pulang ke negara ini hari ini hasil bantuan pihak berkuasa negara tersebut.

Kata beliau, tujuh individu warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Jelas beliau, turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

“PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan Polis Thailand dengan perkongsian maklumat dan risikan telah berjaya menjejaki dan mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani memberitahu, PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serra bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi menyelamatkan mangsa.

“PDRM juga menyeru kepada masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikam keselamatan serta ketenteraman aw terpelihara,” jelasnya.

Terdahulu, seorang ejen jualan produk kosmetik didakwa ‘dilarikan’ tiga lelaki selepas dikaitkan mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Dalam kejadian pukul 4.10 petang, Rosnazirah, didakwa dilarikan dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyata Vios berwarna perak.

Susulan itu, tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun ditahan pada 14 September lalu bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya