Dua pelakon bangga nama ayah, datuk diabadi di Tugu Peringatan

Dua pelakon bangga nama ayah, datuk diabadi di Tugu Peringatan Force 136 di Kem Puncak Mas

AZHAR Sulaiman menunjukkan nama ayahnya, Sulaiman Ismail yang dicatatkan di Tugu Force 136 Kem Puncak Mas di Raub, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Dua pelakon dan selebriti terkenal Azhar Sulaiman, 51,dan Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 48, berbangga apabila ayah dan datuk mereka pejuang hebat anggota Force 136 menentang Jepun sekitar tahun 1944 hingga 1945.

Azhar berkata, ayahnya, Kapten Sulaiman Ismail Ketua Platon Batu Malim memiliki pengenalan diri nombor satu dikenali cukup tegas dan bersemangat waja menentang penjajah Jepun. 

Beliau yang merupakan anak bongsu daripada 14 beradik berbangga apabila kerajaan membina Tugu Peringatan Force 136 Pahang di Kem Puncak Mas di sini sebagai mengenang jasa pejuang menentang Jepun di Tanah Melayu.

“Ayah saya dikenali Cikgu Sulaiman dan guru pelawat sentiasa mendidik anak-anak bersemangat patriotik, berdikari dan sayangi negara bangsa.

“Pada masa depan cucu cicit dan waris boleh melawat tugu ini bagi mengimbau kenangan dengan izin pihak Kem Puncak Mas,” katanya.

Beliau menyatakan demikian  ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Tugu Force 136 di Kem Puncak Emas Mas di sini hari ini. 

Perasmian Tugu Peringatan Force 136 Pahang Rejimen 505 Askar Wataniah disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah. 

Pada majlis itu, seramai 244 pejuang yang menentang tentera Jepun dalam era Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Pahang.

Sharifah Shahira pula menyifatkan  Allahyarham datuknya, Syed Abdul Rahman Syed Mohamad seorang hero yang berjuang menangkis kezaliman askar Jepun kepada penduduk tempatan. 

Menurutnya, walaupun dia tinggal di Kuala Lumpur tetapi sering balik ke Sega, Raub bagi berjumpa datuknya seorang penghulu ketika itu.

“Saya masih ingat dalam tahun 1970an dan 1980an perjalanan balik ke Raub terpaksa melalui beberapa sekatan apabila komunis mengancam keamanan negara,” katanya yang juga penyampai radio Suria FM.

Beliau berkata, Allahyarham datuk bersama adiknya, Syed Abdul Rahim Syed Mohamad menyertai Force 136 sekitar tahun 1944 setelah tercabar dengan keganasan dan kezaliman tentera Jepun.

“Saya bersetuju dan mencadangkan pengarah filem mengangkat gerakan Force 136 ke layar perak. Ini kerana gerakan menentang Jepun ini dianggotai tokoh terkenal negara seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bekas Perdana Menteri, Tan Sri Ghazali Shafie dan lain-lain,” katanya. 

Sementara itu seorang lagi waris Force 136, Syed Hassan Syed Abdul Rahim teruja apabila nama ayahnya, Syed Abdul Rahim Syed Mohamad diabadikan di Tugu Force 136. 

Katanya, pembinaan tugu ini secara langsung memberi aspirasi kepada orang muda pengorbanan nenek moyang mereka menentang penjajah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya