Dua kanak-kanak perlukan RM105,000 untuk rawat jantung

Dua kanak-kanak perlukan RM105,000 untuk rawat jantung

SITI Zahrah Umairah Umar Zuhdi Arwani (kiri) dan Celine Olivia Yus Miboy memerlukan sumbangan bagi menjalani pembedahan berkaitan masalah kecacatan jantung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sekali pandang, tiada siapa menyangka dua kanak-kanak perempuan ini sebenarnya ‘berkongsi’ derita yang hampir sama.

Celine Olivia Yus Miboy yang baru berusia setahun didiagno­sis menghadapi masalah keca­catan jantung dan telah menjalani prosedur ‘stent’ iaitu pro­ses memasukkan sejenis alat un­tuk mengembangkan saluran darah tersumbat atau sempit bagi memperbaiki aliran darah ketika usianya lima bulan.

Ketika ini, anak bongsu daripada empat beradik yang berasal dari Sabah itu memerlukan dana RM80,000 untuk menjalani pembedahan kedua demi menyelamatkan nyawanya.

Sementara itu, seorang lagi kanak-kanak, Siti Zahrah Umairah Umar Zuhdi Arwani, 2, pula disah menghidap penyakit jantung berlubang dan selepas setahun berlalu, lubang di bahagian jantungnya masih gagal ditutup dengan sendiri.

Justeru, satu pembedahan perlu dilakukan untuk menutup lubang itu, namun keluarga kanak-kanak terbabit kekurangan dana sebanyak RM25,000 untuk tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu menghubungi mereka di sini untuk meminta bantuan mengumpulkan dana awam bagi menyelamatkan nyawa anak mereka.

Katanya, beliau dimaklumkan Celine Olivia kini mempu­nyai gejala seperti bernafas dalam keletihan, menangis tanpa henti serta perubahan warna jari yang bertukar menjadi kebiru-biruan.

“Selepas dihantar ke hospital, didapati kandungan oksigen dalam sel darah kanak-kanak ini telah menurun dan paru-paru­nya pula mula dijangkiti kuman,” katanya yang memberitahu, bapa kanak-kanak itu, Yus Miboy Yusri, 33, cuma seorang mekanik berpendapatan RM1,000 sebu­lan manakala ibunya, Faridah Munin, 26, tidak bekerja.

Sementara itu, Siti Zahrah Umairah pula, kata beliau, dikesan menghadapi masalah PDA atau kecacatan jantung selepas dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut ketika usianya baru sahaja mencecah setahun enam bulan.

Ujarnya, pembedahan kanak-kanak itu sepatutnya dijadual pada Ogos lalu, namun terpaksa ditangguh kerana ibu bapa Siti Zahrah Umairah tidak mempunyai dana yang cukup untuk membiayai pembedahan.

“Bapanya, Umar Zuhdi Arwa­ni Ahmad Helmy, 26, merupakan pekerja pembinaan dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,600 manakala ibu kanak-kanak tersebut, Siti Azyantie Solihin, 25, hanya suri rumah dan sedang mengandung tujuh bulan,” kata Sui Hau.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank Berhad (3201428817) atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN